Girl in Dream
Click Click!




Diaries Owner Linkies Karya Agong

Hi all. Welcome to My Simple Blog. Follow and enjoy here!

Tagboard



Thanks

Template by Azzahra
Codes by Nurul Atiqah
Edited by Your Name

yesterday story~ #2bijak

Assalamualaikum,

 Semalam,27 April 2013 - merupakan sekolah ganti SMK meru..kelas #2Bijak yang datang hanya 12orang je...sikit gile tak sampai separuh kelas pon..disebabkan sikit so tak de cikgu yang nak bagi PBS kat kitorang..
cerita bermula pada jam 1230 *jam askar*
12orang pelajar #2bijak dah ade dalam kelas..waktu pertama adalah waktu English..kitorang sebok bersihkan kelas..mop lantai yang tak ada gunenya sebab susah nak mop kerana banyak sangat meja yang tak dialihkan dan pasang langsir..teacher mulanya nak bagi kitorang buat latihan yang beliau ingin photostat..tp photostat koperasi tu rosak daa...Alhamdulillah sebenarnya..hahaha...
sejam lepas tu, waktu Geografi pulak..aku, fanny, yunus lah yang paling banyak bercakap masa tu..macam-macam ayat kitorang buat untuk tak payah belajar...then cikgu kate "awak cikgu ke saya cikgu?" hahaha..teros kitorang senyap...hihihi..takot maa...takot lah sangat :P  hahaha...pengakhirannya cikgu bagi latihan dari buku teks je...nasib 10 soalan je...masa Geografi tu 1jam jugak..latihan cikgu bagi semua dah siapkan dalam masa setengah jam je..alah sikit je kene salin..then aku ngan fanny mintak lah kat cikgu kebenaran untuk solat awal sebba kalau ikotkan solat pukul 3.20 dan masa tu baru 2.10..kan lama lagi nak solat...mulanya cikgu tak kasi sebab takot Papa J lalu ke kn??siapa tahu masa depan ye idok..tapi last2 cikgu kasi gak sebab kitorang cadangkan kat cikgu untuk ikot kitorang gi surau so tak jadi masalah..
at surau, lepas amik air sembayang kitorang sembayang berimamkan Alif Haikal selaku ketua kelas...
seronok sebab dapat solat satu kelas walaupon tak semua warga #2bijak ada...
seterusnya, waktu Bahasa Melayu setengah jam aje then rehat..waktu cikgu BM kene buat latihan banyak tapi semua tak de mood nak buat almaklumlah ari Sabtu kan..mood cuti..dah lah latihannya kene buat rangka karangan..susah wooo...tak de yang menarik sanagat masa BM..
selepas rehat adalah waktu Pendidikan Jasmani yang merupakan waktu terakhir sebelum balik..mulanya cikgu tak kasi keluar kelas sebab baru pukol 4 petang tak kan nak main kt tengah padang kot kan...tapi kitorang membodek cikgu lagi.. sebelah kelas kitorang ada dewan terbuka yang memang tak de pintu masuk dan keluarnya..just ada bumbung yang besar..so kitorang bolehlah main kat situ..tapi cikgu tak kasi sebab katenya nanti mengganggu kelas yang kat sekeliling dewan tu pulak..tapi selepas memujuk cikgu untuk kasi...we all can play!..yeyyy...we all like kids :D
di dewan tersebut..mulanya cikgu suroh main badminton dan tali skipping tu je...tapi tak lame pon main dua permainan tu sebab angin kuat sangat dengan dewan yang de pintu tu korang pon boleh membayangkannya ka semestinya menolak shuttle tu kearah lain..so kitorang pon main lah monyet-monyet...what tak tau macam mane??alah..ianya permainan yang memerlukan dua pasukan dan ada ornag ditengah untuk menangkap bola dan orang tengah yang dapat bola itu akan menjadi manusia dan boleh bertukar dengan orang yang membaling bola tadi..tak paham ke??urhmm..ok malas nak terangkan lagi... kitorang main guna bola tennis yang yunus bawak dari rumah..best sangat mase main tu ramai penonton yang bertepuk tangan..kan tadi aku cakap dewan tu dikelilingi kelas...dewan tu diantara dua bangunan yang mempunyai dua tingkat..so korang imagine lah sendiri... so kelas yang ada kat tingakat 2 tu semua tengok kitorang main...bila ada yang jadi monyet atau tangkapan yang bagos dorang tepuk tangan...kitorang macam main satu game di peringkat antarabangsa..woohahahha...
dan itulah kenangan yang terukir semalam...we all so happy...
*pstt...alif lupa nak hantar Buku Kawalan Kelas ke bilik disiplin and we will see apa yang terjadi esok*
ok thanks for read..
^_^