Girl in Dream
Click Click!




Diaries Owner Linkies Karya Agong

Hi all. Welcome to My Simple Blog. Follow and enjoy here!

Tagboard



Thanks

Template by Azzahra
Codes by Nurul Atiqah
Edited by Your Name

Tuanku Jaafar Technical Institute

assalamualaikum

hye there. well dah lima bulan aku jadi orang Seremban rupanya. Tak sangka jugaklah aku bermastautin kat nogoghi.

emm..too much story to share tapi bukan semua boleh dikongsi. 
kita mula dari yang paling latest lah

SELAMAT HARI GURU.

kitorang sambut hari guru ni hari terakhir sebelum balik kampung which mean jumaat lepas. Nama je sambutan hari guru peringkat sekolah tapi ia lebih kepada majlis perpisahan yang kekal berpisah untuk selama-lamanya. sebab? senior form5 batch 1998 yang top student meninggal dunia. kencing tikus.
Perginya dia umpama menghidupkan semangat ingin belajar ramai orang. 
AL-FATIHAH untuk arwah Hazim Yong bin Muhamad.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN.

normal, ppt sebelum cuti. papers yang awal-awal tu semangat lah aku mengulangkajinya..paper yang 2hari terakhir tu malas gila dah. fikir nak habis cepat je. padahal hari-hari yang last tu lah killer subject. 
so now tunggu saja lah result. before exam target straight A's tapi lepas last paper target asal tak ada D,E,F,G je...tapi lepas dapat some papers, target lulus ja..hmmm
ok lah tu memula target biar tinggi biar tak logik. LOL

ok 2cerita je dulu. ni kira summary lah nak buat karangan buat penat ja..karangan cuti penggal cikgu bagi pon tak terbuat langsung.
k bye 
adios 

hye 2015! :)

Assalamualaikum,

hai 2015! hope this year will make a lot of memories for me.
tahu ni dah 16 tahun, tahun depan dah SPM so tahun ni kena start tuisyen and tak nak main main dalam kelas lagi dah!

AZAM TAHUN NI :- NAK SIAP SEMUA HOMEWORK DARI AWAL TAHUN SAMPAI HABIS SEKOLAH TAHUN DEPAN. HAHAHA

doakanlah supaya azam tu termakbul. aku tengah berusaha nak menjayakannya!

oh ya result PT3 aku hancur tapi aku harap aku dapat kelas aliran sains teknikal tu..aku tak nak masuk kelas yang ada account..mustahillah rasanya aku dapat kelas sains tulen dengan result sains aku hampeh kan? so aku target kelas sains teknikal sebab minat. just hope jangan account je! kalau kena kat account sama ada mohon naik kelas kalau dapat, kalau tidak memang ke sasteralah jawabnya aku.. tak taulah kenapa aku tak minat kat account tu.. tapi memang aku nak kelas 4S4!!!!! tak kan nak tambah subjek then belajar sendiri? aku belum cukup genius untuk belajar sendiri lagi. huwaaa :((

dalam seminggu lagi baru tahu kelas sebab sekolah belum bukak kan? ikutkan isnin depan dah sekolah tapi sebabkan kementerian bagi extra cuti..takpalah kesian kat mangsa banjir pantai timur tu jugak kalau sekolah mula hari isnin depan. mana nak bersih rumah lagi, nak bersihkan sekolah lagi, baju sekolah beg sekolah kasut alat tulis buku-buku blablablaa....

ok anggap ni hikmah untuk semua, ramai sangat yang buat dosa yang merancang nak buat dosa sampai Allah balas semua ni sekarang. ni maknanya Allah sayang kita sebab tu dia bagi sekarang. think it positive :)

k jumpe bukak sekolah nanti.
bye
with lot of love

assalamualaikum.

welcome back!

assalamualaikum.
after long time tak bukak. well tak de siapa kesah.
tahun baru bulan baru hari baru. cerita mesti baru juga. sometimes aku rasa hati aku ni tak berapa nak stabil, jauh dengan Allah maybe. tu sebab Alllah uji dengan balik2 kan hati aku macam ustazah cakap. u know what? aku suka orang tu tapi dalam masa yang sama aku berjanji dengan diri aku jangan suka sesiapa pon selagi tak capai cita-cita. orang yang mungkir janji ni orang munafik. tapi soal hati, macam mane ye?

I love you for a thousand years~

nothing to say. tapi sebenarnya banyak nak cerita. who care?

bye. pray for my pt3 :*

happy day~

assalamualaikum
heyyo! you know what?? I'm happy because I have many friends yang kepale gila-gila macam aku jugak..dan diantara semua kawan aku tu, ada dua orang yang memang terencat sama aku..diorang calssmate aku dan diorang duduk sebelah aku lagi..so memang rapat gila lah kan..ok sebenarnya aku nak cerita pasal perkara yang berlaku hari ini..
pada suatu hari yang agak indah lah jugak untuk dikatakan, terlakarlah beberapa kenangan yang mencuit hati dan merakam memori yang indah untuk aku..
kita mulakan dari aku jejak kaki ke sekolah, aku berjalan menuju ke Dewan Merak tempat pelajar sesi petang berkumpul untuk menghadiri sesi kokorikulum yang sebenarnya tak ade pon hari ni..ok pedulikan..mulanya aku nak cari geng pengawas aku tapi tetibe ternampak Alya and Fanny..dan semestinya aku akan pergi ke diorang sebab diorang lagi gila-gila dari geng pengawas aku..sorry to Halimah,Auni,Syafini,Ain kalau aku kecikkan hati kau orang yang memang kecik tu pon..ok apa apa ajelah..lepas borak kat tengah jalan ngan Alya and Fanny, kitorang pon carik lah tempat untuk melabuhkan beg aku yang tersangat lah berat *Alya kata beg aku berat padehal dah cukup ringan* selepas itu kami berpisah untuk seketika sebab aku unit uniform PBSM but diorang KPA..jadi aku join lah geng pengawas aku tadi..aku memang macam ni, mudah lupa kawan mudah juga pergi menggedik kat diorang..hehe..dan walaupun kengkadang diorang marah aku sebab buat diorang macam tu, diorang tetap kawan ngan aku jugak..hehe..
after half an hour aku berpisah dengan Alya dan Fanny,aku pergi merayap kat diorang berdua sebab bosan duduk dalam dewan..dah lah panas pastu sempit..then bila dah bertiga..berjalan lah kitorang..time kitorang duduk berehat kat surau smabil menikmati biskut beras yang Alya beli dan memberinya kepada aku, time tu walaupon tak banyak yang aku ingat tapi aku rase mase tu seronok tak tau kenapa...
nak dipendekkan cerita, lepas habis kelas pafa dekat surau, kitorang pon berjalan menuju ke kelas yang terletak kira-kira 300meter dari surau sekolah..then mase aku tengah nak prepare apa ntah Anas panggil aku..ingatkan kenapa rupanya Nik ada kat luar..dan sekali lagi ingatkan dia just lalu depan kelas rupenya dia panggil aku..mase tu berdebar gak lah..kat tepi pintu belakang tu aku tengok kat luar kelas, mana tau ade kawan-kawan dia ke kan..tapi tak ada pon kawan dia yang aku kenal so aku ikot ajelah dia..rupanya dia nak kenalkan aku dengan kawan baik dia..namanya Aina..same name with my bestfriend yang sejak darjah 4 kitorang berkawan... :) dan buat pertama kalinya lah aku dengar suara dia..haha..
sepanjang 2jam selepas tu tiada apa yang menarik untuk diceritakan..
masa subjek sains cikgu tak masok sebab...adalah.. satu kelas main permainan yang berunsurkan tamparan dan 'osom'..tau tak??tau-tau kan aje lah kalau tak tau..memang masa tu kelas dah tak macam susasana kat sekolah..macam kat rumah asuhan kanak-kanak aje..yang best time tu..anas dengan danish main sampai tangan danish biru sebab kene tampar dengan anas..then masa game yang dorang kena cakap 'I love you' kat mane2 budak pompan dalam kelas..danial nak sebot sampai tak boleh nak berdiri dah..haha lawak time tu..
hmmm itu lah setakat yang aku ingat...ini pon rasenya dah panjang..terima kasih sebab baca sampai habis.. :D



about us

Assalamualikum,
heyyoo...lama tak tulis entri. dah lah aku tak edit blogskin ni..teruk betol aku..uhukk..sebenarnya dia tak tau nak edit bukan tak de mase nak edit..
Sebelum tu, terima kasih alya, ain, halimah dan awak yang tengah baca ni sebab korang baca entri ni..
persahabatan adalah segalanya...walaupon Muliana jaoh di seberang selat sana..dia tetap ada kat hati aku..Aina, walaupon berlainan sekolah kita tetap berhubung..
kini Alya, Fanny, Thilah yang dulunya aku tidak kenal dan aku bencikan Fanny tapi kini dia lah orang yang disisi aku...aku seronok sangat bila nak pergi sekolah mesti rase happy sebab aku tau kat sekolah ada mereka yang sentiasa ada disisi dari aku melangkah masok ke sekolah smpi lah masa balik..
Hahaha..terimbau balik masa hari jadi Alya, kitorang buat dalam kelas aje..Thilah buatkan kek...hmm memang sedap..walaupon simple aku rase Alya dah cukup happy sebab dia dapat banyak coklat..nasib dia bagi kitorang bertiga rase sikit coklat tu..kalau dia tak bagi..merajok setahun ngan dia...birthday dia tahun depan baru mintak maaf..cehh mengada je aku..
Then, masa terakhir sebelom balik semalam, kitorang berempat berkaraoke kat belakang kelas, almaklumlah kitorang duduk kat belakang sekali..macam-macam lagu kitorang nyanyi..tapi memang seronok sangat...
hemmm..rasenya itu ajelah cerita kami berempat setakat ini yang akan aku sematkan kat hati..



yesterday story~ #2bijak

Assalamualaikum,

 Semalam,27 April 2013 - merupakan sekolah ganti SMK meru..kelas #2Bijak yang datang hanya 12orang je...sikit gile tak sampai separuh kelas pon..disebabkan sikit so tak de cikgu yang nak bagi PBS kat kitorang..
cerita bermula pada jam 1230 *jam askar*
12orang pelajar #2bijak dah ade dalam kelas..waktu pertama adalah waktu English..kitorang sebok bersihkan kelas..mop lantai yang tak ada gunenya sebab susah nak mop kerana banyak sangat meja yang tak dialihkan dan pasang langsir..teacher mulanya nak bagi kitorang buat latihan yang beliau ingin photostat..tp photostat koperasi tu rosak daa...Alhamdulillah sebenarnya..hahaha...
sejam lepas tu, waktu Geografi pulak..aku, fanny, yunus lah yang paling banyak bercakap masa tu..macam-macam ayat kitorang buat untuk tak payah belajar...then cikgu kate "awak cikgu ke saya cikgu?" hahaha..teros kitorang senyap...hihihi..takot maa...takot lah sangat :P  hahaha...pengakhirannya cikgu bagi latihan dari buku teks je...nasib 10 soalan je...masa Geografi tu 1jam jugak..latihan cikgu bagi semua dah siapkan dalam masa setengah jam je..alah sikit je kene salin..then aku ngan fanny mintak lah kat cikgu kebenaran untuk solat awal sebba kalau ikotkan solat pukul 3.20 dan masa tu baru 2.10..kan lama lagi nak solat...mulanya cikgu tak kasi sebab takot Papa J lalu ke kn??siapa tahu masa depan ye idok..tapi last2 cikgu kasi gak sebab kitorang cadangkan kat cikgu untuk ikot kitorang gi surau so tak jadi masalah..
at surau, lepas amik air sembayang kitorang sembayang berimamkan Alif Haikal selaku ketua kelas...
seronok sebab dapat solat satu kelas walaupon tak semua warga #2bijak ada...
seterusnya, waktu Bahasa Melayu setengah jam aje then rehat..waktu cikgu BM kene buat latihan banyak tapi semua tak de mood nak buat almaklumlah ari Sabtu kan..mood cuti..dah lah latihannya kene buat rangka karangan..susah wooo...tak de yang menarik sanagat masa BM..
selepas rehat adalah waktu Pendidikan Jasmani yang merupakan waktu terakhir sebelum balik..mulanya cikgu tak kasi keluar kelas sebab baru pukol 4 petang tak kan nak main kt tengah padang kot kan...tapi kitorang membodek cikgu lagi.. sebelah kelas kitorang ada dewan terbuka yang memang tak de pintu masuk dan keluarnya..just ada bumbung yang besar..so kitorang bolehlah main kat situ..tapi cikgu tak kasi sebab katenya nanti mengganggu kelas yang kat sekeliling dewan tu pulak..tapi selepas memujuk cikgu untuk kasi...we all can play!..yeyyy...we all like kids :D
di dewan tersebut..mulanya cikgu suroh main badminton dan tali skipping tu je...tapi tak lame pon main dua permainan tu sebab angin kuat sangat dengan dewan yang de pintu tu korang pon boleh membayangkannya ka semestinya menolak shuttle tu kearah lain..so kitorang pon main lah monyet-monyet...what tak tau macam mane??alah..ianya permainan yang memerlukan dua pasukan dan ada ornag ditengah untuk menangkap bola dan orang tengah yang dapat bola itu akan menjadi manusia dan boleh bertukar dengan orang yang membaling bola tadi..tak paham ke??urhmm..ok malas nak terangkan lagi... kitorang main guna bola tennis yang yunus bawak dari rumah..best sangat mase main tu ramai penonton yang bertepuk tangan..kan tadi aku cakap dewan tu dikelilingi kelas...dewan tu diantara dua bangunan yang mempunyai dua tingkat..so korang imagine lah sendiri... so kelas yang ada kat tingakat 2 tu semua tengok kitorang main...bila ada yang jadi monyet atau tangkapan yang bagos dorang tepuk tangan...kitorang macam main satu game di peringkat antarabangsa..woohahahha...
dan itulah kenangan yang terukir semalam...we all so happy...
*pstt...alif lupa nak hantar Buku Kawalan Kelas ke bilik disiplin and we will see apa yang terjadi esok*
ok thanks for read..
^_^

masa hadapan~

Assalamualaikum,
25 April 2013 - Tiba-tiba terasa nak menulis entry pulak...masa terdengar lagu Tak Bisakah by Peterpan tadi tetiba terbayangkan masa geng #2Bijak dah besar, dah habis belajar di sekolah menengah...siapa yg akan pergi tinggalkn malaysia sebelum atau selepas keputusan SPM keluar nanti..siapa yg akan terus bekerja..yang sambung belajar..sambung dimana..yg ke luar negara, di negara  mana mereka..berapa lama mereka...yg bekerja, bekerja dimana..aku??di mana aku agaknya??
lepas 7 tahun, siapa yg dah kahwin??siapa yg dh beranak pinak??siapa yg dh ade syarikat sndiri??siapa yg makan gaji lg??
Kita boleh jumpa lagi ke?? kita kenal lagi ke?? 
bila di fikirkan.. aku rase macam nak nangis pon ade sebab takot mase sume dh bekerjaya..sume sebok sume dh tak kenal aku ni... :'(
keangan aku yg dpat kumpul slame setahun 3bulan 24 hari ni adalah :
  • masa form1, awal2 masok sklh menengah, jd warge kelas Bijak..sume menyombong je...
  • dah tengah tahun suma dah boleh sesuaikan diri..classmates sejati...
  • kita cat kelas sama2 dengan ckgu kesayangan semua ; cikgu zalalilawati
  • bulan puasa main lari-lari serupa orang tak puasa..kebudak budakkan sangat..
  • akhir tahun ade yg pindah sklh..kita sedih :'(
  • masok tahun 2013, ade ahli baru yg baik,poyo,bajet..lengkapkn dh cemarkan nama kls Bijak
  • minggu BM kita buat latihan untuk sketsa..tunjukkan kesungguhan dan hasilnya kitalah juaranya!
  • lepas kelas ICTL abis,dan sebelum mula kelas petang kita lepak kat kantin..gelak,nangis,buat kecoh macam kita je yg ade kt kantin tu...
  • then dapat kelas baru kita same2 bersihkan..time mop lantai tu..kenangan bagi aq...
dan kini blog ini..entry ini akan menjadi pelakar kenangan untuk aku... bagi aku kls Bijak je classmates nye best..mase sekolah rendah tak de rase pon sume tu... :)
thanks for you all!!
ASSALAMUALAIKUM 
...